Monday, February 19, 2018

Makanan Alternatif







Makanan alternatif

Selain daripada makanan ayam yang biasa iaitu dedak, terdapat juga makanan alternatif yang penternak boleh diberi kepada ternakan. Antaranya adalah Bokashi, Azola, Napier, Jagung, Rumput-rumput, Hampas kelapa, Hampas soya, BSFL, Lebihan dapur, Temukut, Sayuran, Kepala ikan, Palm kernel expeller (PKE), Makanan reject kilang (roti,mee) dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, Setiap makanan alternatif ini tidak mempunyai kandungan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Ini kerana setiap makanan alternatif ini menyumbangkan kepada spesifik nutrisi sahaja, jadi ianya tidak berapa sesuai untuk dijadikan sebagai sumber makanan yang utama. Adalah penting untuk kita memberi makanan yang seimbang dan nutrisi yang mencukupi secara menyeluruh agar kita peroleh tahap pembesaran yang diingini dan berkualiti.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian 03-8940 1722 atau layari laman website kami di http://marzuqbayu.com 




Wednesday, February 14, 2018

Effective Microorganism ( EM )




Effective Microorganism ( EM ) adalah organisma baik yang berguna untuk ternakan. Kebiasaanya Effective Microoganism ini berbentuk cecair atau tepung yang boleh diberi minum kepada semua haiwan ternakan daripada ternakan unggas, ruminan dan juga kucing. Terdapat 3 unsur didalam EM iaitu Bakteria Photostropik, Bakteria Asid Laktik dan juga Ragi (Yis). Effective Microorganism terbahagi kepada dua EM 1 (Pati) dan EMAS (EM Activated Solution).

Fungsi Effective Microorganism ( EM )

• Menghilangkan bau busuk reban.
• Menghindarkan lalat.
• Meningkat kesihatan ayam.
• Membersihkan usus ayam dan membolehkan penyerapan nutrisi.

Cara Penggunaan Effective Microorganism

1. Minuman

• Boleh diberi pada ayam seawal umur 1 hari hinggalah dewasa/sembelih setiap hari.
• Tiada sukatan khusus (berapa banyak) untuk ayam.
• Gunakan EMAS (1:200) atau EM 1 (1:1000) pada AIR BUKAN KLORIN. Klorin akan membunuh bakteria baik didalam kandungan EM.
• Jangan dicampur pada vitamin atau antibiotik.

2. Makanan

• Dicampur pada bahan - bahan yang diperam selama 2 minggu atau sebulan yang juga dinamakan Bokashi.
• EM dalam bentuk tepung boleh dicampur pada dedak.

3. Semburan pada reban

• Dicampurkan pada air tiada klorin dengan nisbah 1:100
• Boleh dilakukan setiap minggu untuk mengelakkan bau dan lalat.
• Spray terus pada ayam, bekas makanan, lantai atau dinding.

Cara Penyimpanan Effective Microorgasm ( EM )

Seeloknya disimpan dalam tempat bersuhu bilik dan tidak terdedah kepada cahaya matahari ataupon panas haba. Ini kerana haba akan membunuh bakteria yang ada didalam kandungan EM.


Jika anda mempunyai pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 03-8940 1722 atau layari laman web kami di http://marzuqbayu.com/





Wednesday, January 31, 2018

Tips tanam rumput direban ayam kampung


Tips tanam rumput direban ayam kampung. Cangkul dan gemburkan tapak utk
diletakkan rumput kemudian perlu dipijak-pijak. Perlu juga disiram
selalu atau guna sprinkler utk memastikan rumput hidup dengan baik.

Updated: Sekarang keliling reban kami dan sepanjang jalan raya hijau
segar dengan rumput ini. Ayam kampung dibiarkan lepas sebulan sekali
dua. Ayam suka patuk rumput dan rumput tidak memanjang liar.

Untuk Tips-tips Lebih Lanjut : http://marzuqbayu.com/blog

Tuesday, January 30, 2018

Candling Telur



Tujuan kita candling atau menyuluh telur adalah untuk memeriksa kandungan embrio di dalam telur kita. Perkara candling selalu diabaikan oleh pengguna inkubator dengan beranggapan ianya tidak penting dan proses pengeraman diserahkan sepenuhnya kepada Inkubator. Padahal sebelum kita boleh memasukkan sebarang telur, proses candling perlu dilakukan untuk proses saringan ujian telur. Sekiranya tidak lulus ujian ini perlu kita buang atau gunakan untuk tujuan harian, jgn sesekali mencuba meneruskan proses pengeraman. Antara faktor yang perlu dinilai semasa proses pemilihan adalah;

1. Perhatikan sebarang retakan pada telur, walaupun terdapat cara untuk menampal retakan namun jalan terbaik adalah tidak memilih telur tersebut. Retakan ini akan jelas dilihat dari bayangan telur tersebut sama ada kecil atau besar garisannya.

2. Perhatikan sebarang perbezaan ketara toner atau kecerahan kulit di setiap bahagian telur. Mungkin anda akan nampak seperti satu tompok seperti lebih terang dari bahagian yang lain, ini bermakna kawasan tersebut mempunyai kulit yang nipis. Kemungkinan telur ini untuk menetas adalah sedikit kerana ketidaksamarataan yang menunjukkan kekurangan kalsium.

3. Perhatikan sekiranya terdapat sebarang keganjilan kepada tompok gelap (kuning telur) di dalam telur tersebut seperti saiz, bentuk dan sebagainya. Kadang2 ada telur yang tiada kuning telur disyaki telur dari ayam jantan dan sebagainya telur seperti ini kalau dieramkan tidak akan mendatangkan anak ayam.

4. Perhatikan juga keadaan luaran telur tersebut. Telur perlu bebas dari kotoran seperti tahi ayam dan sebagainya sekiranya terdapat kotoran sila bersihkan dengan mengosok telur menggunakan kain bersih yang kering. Jika terdapat kotoran kering gunakan kuku yang berlapik dengan tisu untuk membuangnya. Kotoran ini akan menggangu proses pengeraman kerana telur tidak akan mendapat suhu sekata disetiap permukaan telur. kotoran ini juga akan menjangkiti embrio. Ada juga pengusaha menggunakan kertas pasir yang paling halus untuk mengeluarkan kotoran degil namun perlu diingatkan kulit telur akan haus atau terhakis. ini juga boleh menjejaskan kualiti telur yang hendak dieramkan.

Setelah pemeriksaan dilakukan anda boleh melakukan proses pengeraman di dalam inkubator. Telur perlu diperiksa(candling) sekali lagi dalam masa 4-5 hari selepas kita mengeramkan, periksa sama ada terbentuk jaringan urat darah pada kuning telur. Jika tiada kita boleh mengeluarkan telur tersebut dan menggantikan dengan yang baru. Telur ini biasanya tidak disenyawakan oleh penjantan maka embrio tidak akan terbentuk.

Candling sekali lagi akan dilakukan pada hari ke 10 yang mana apabila kita menyuluh, bayangan embrio dapat dilihat biasanya saiz embrio sudah 2/3 dari saiz telur. Pada ketika ini mata dan kepala telah jelas kelihatan kita juga mula melihat paruh telur pada usia 12 hari embrio akan mula melakukan pergerakan didalam cecair plasenta telur.

Kita juga boleh melakukannya sekali lagi apabila telur telah berada selama 15 hari di dalam inkubator. Pada peringkat ini embrio telah memenuhi ruang dalam telur namun kita dapat melihat dengan jelas ruang udara pada bahagian tumpul telur. Perlu diingatkan embrio yang telah mencapai usia 17 hari keatas sebolehnya tidak diganggu kerana embrio telah menjadi anak ayam sepenuhnya dan mula melakukan aktiviti menguatkan badan untuk proses penetasan. Sila keluarkan sebentar telur yang hendak dicandling bagi memudahkan proses dilakukan.

Jika anda mempunya pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 03-8940 1722 atau layari lama web kami di http://marzuqbayu.com/

Faktor Yang Mempengaruhi Penetasan Dalam Inkubator




Antara punca masalah telur tak menetas adalah:

1. Telur yang dijangkiti kuman. Tanpa disedari anda telah memasukkan sebiji dua telur yang telah tercemar dengan kotoran seperti lumpur dari kaki ibu atau bekas telur itu sendiri, ataupun semasa anda mengutip telur tersebut terdapat sebiji telur yang telah pecah dan cairan di dalam telur pecah tersebut telah mencemari telur yang anda kutip. Telur yang tercemar ini akan menjangkiti telur yang lain sekiranya anda memasukkannya di dalam inkubator yang telah mengandungi telur lain.

2. Telur yang tiada benih atau tidak disenyawakan oleh si jantan. Untuk ternakan cara lepas bebas, peratusan untuk telur tidak disenyawakan agak tinggi akibat kegagalan si jantan memanjat si betina. Ini kerana persaingan antara jantan2 yang ada atau kawasan ternakan yang terlalu luas menyebabkan si jantan berjauhan dengan si betina. Telur itu tidak akan menetas walau apa pun dilakukan terhadapnya.3. Jangkitan sekunder di mana kotoran dan kuman dari tangan semasa kita memusingkan telur berpindah kepada telur tanpa kita sedari. Kadangkala kuman ini juga boleh di dapati dipersekitaran bekas inkubator itu sendiri berikutan penggunaanya yang kerap. Jangkitan sekunder ini juga boleh terjadi apabila telur bersentuh dengan najis anak ayam yang dibiarkan mengering bulunya selepas menetas di dalam inkubator.

4. Masalah teknikal seperti suhu tak stabil, kelembapan kurang atau kegagalan memusingkan telur itu sendiri.

5. Pengaruh baka atau genetik telur seperti ibu muda yang kali pertama mengeram, ibu yang telah dijangkiti penyakit sebelum ini seperti jangkitan disaluran reproduktif dan ibu yang kekurangan zat makanan seharian.

6. Telur yang telah rosak kerana dibiarkan lama diluar sebelum dimasukkan di dalam inkubator juga akan menurunkan peratusan telur menetas.
 

Langkah Penting Menyambut Anak Ayam Inkubator





1. Sediakan kotak plastic pvc. Bersihkan kotak ini dan lapikkan dengan surat khabar lama untuk memudahkan kerja pembersihan. Kemudian satu lapisan tisu diletakkan di atas surat khabar. Tujuan tisu ini adalah untuk memberi lebih cengkaman kepada anak ayam ini ketika kali pertama menjejakkan kaki selepas keluar dari inkubator.

2. Tisu ini hanya digunakan sekali dan dibersihkan atau dikeluarkan selepas 3 hari keluar dari inkubator dan diganti dengan lapik biasa.

3. Sediakan bekas air biasa yang diisi dengan air biasa dengan suhu bilik, bukannya air suam atau air sejuk. Anak ayam seharusnya tidak mendapat kejutan suhu semasa kali pertama anak ini minum.

4. Taburkan dedak dengan kuantiti sedikit di atas lapisan tisu tadi dan bukannya dalam bekas makanan ayam biasa. Ini hanya dilakukan untuk kali pertama ayam ini makan.

5. Lampu berkuasa 5 watt digantung di dalam bekas plastik ini dan seeloknya ketinggian mentol ini untuk kali pertama atau hari pertama adalah sedikit sahaja tinggi dari kepala anak ayam ini(1/2 inci).

6. Ketinggian lampu diubah mengikut minggu usia anak ayam ini, pada penghujungnya sebulan jarak mentol dengan anak ayam seharusnya pada setinggi 4 inci atau lebih demi melatih anak ayam 'memahami persekitarannya'.

7. Pemindahan anak ayam dari inkubator boleh dibuat sedikit demi sedikit. Jangan biarkan anak ayam ini terlalu lama diluar tanpa bantuan cahaya.

8. Anak ayam yang sudah cukup cergas dan dapat berdiri tegak dipindahkan ke brooder.

9. Mulut atau muncung paruh anak ayam itu direndamkan sedikit dibekas air supaya anak ayam ini tahu terdapat sumber air, anak ayam dibiarkan merasa air itu seketika dan biarkan dia mencari air itu sendiri dalam proses'belajar' berdikari.

10. Anak ayam dibiarkan berada dalam lingkungan cahaya mentol sepanjang masa semasa berusia dibawah 2 minggu dan pada waktu malam sahaja selepas itu. Setelah usia mencecah 1 bulan lampu hanya dipasang sekiranya hari hujan atau cuaca sejuk.

11. Pindahkan anak ayam ke reban asuhan luar setelah didapati anak ayam sudah cergas.

Sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai anak ayam boleh menghubungi kami pada talian 03-8940 1722 atau layari laman web kami http://marzuqbayu.com/

Pengurusan Anak Ayam


Kejayaan pengurusan anak ayam adalah satu titik tanda kejayaan seseorang penternak yg mahu memulakan projek ternakan ayam kampung. Jika penjualan anak atau penjualan ayam dewasa dilakukan dengan membesarkan benih baka sendiri, pengurusan anak ayam yg betul akan membawa kita kejalan kejayaan. Terdapat 3 jenis pembenihan yg biasa dilakukan oleh penternak ayam di Malaysia.

1. Pembenihan oleh induk secara semulajadi cara ini sangat lazim dipraktikkan oleh penternak sambilan atau secara kecil2lan yang menyerahkan proses penetasan dan penjagaan kepada ibu ayam itu sendiri. Kebiasaanya bilangan induk tidak melebihi 10 ekor dimana kurang persaingan dan huru hara dalam kotak penetasan. Telur yg ditetaskan dijaga dan diasuh oleh ibu ayam sehingga anak ayam berusia 2-3 bulan sebelum bercerai susu dengan ibunya. Penternak hanya memantau pembesaran dan menjaga keselamatan pada waktu malam dengan mengurung di dalam bekas atau reban khas untuk mengelakkan ancaman musuh.

2. Pembenihan induk dengan bantuan cara ini biasanya digunakan oleh penternak sederhana besar apabila bilangan induk menghampiri 50 ekor. Bagi mengelakkan persaingan atau kepadatan reban penternak akan memisahkan anak ayam dari ibunya sebaik sahaja anak ayam itu kering bulunya selepas menetas, perlu diingatkan anak ayam seboleh-bolehnya diambil sebelum ibunya membawa turun anak tersebut dan telah mengajar anaknya makan. Ini kerana secara lojiknya anak ayam sudah mula bergantung kepada ibunya untuk makan. Sekiranya kita pisahkan anak ayam pada peringkat ini ada kemungkinan anak ayam tidak dapat hidup atau makan dengan sendiri dan akhirnya mati. Anak ayam yg telah dipisahkan akan ditempatkan didalam Brooder selama sebulan hingga 2 bulan sebelum dilepaskan kereban kecil khas untuk peralihan. pada peringkat ini anak ayam diberi makan starter dan diberi ubat antibiotik untuk daya tahan penyakit. Biasanya anak ayam perlu diasuh sebegini sekiranya reban kita mengeluarkan anak ayam lebih dari 100 ekor sebulan. Dengan adanya sistem ini peratusan anak ayam mati dapat dikurangkan.

3. Pengurusan anak ayam dari inkubator untuk penternak yg mempunyai ternakan yg melebihi 200 ekor dan kawasan reban adalah terhad. Semua telur dikutip dah dimasukkan ke dalam inkubator. kita boleh menentukan tarikh menetas telur dengan memasukkan telur dalam satu group. Tujuan perkumpulan dilakukan adalah untuk memudahkan kita mengurus anak ayam yg hampir sebaya umurnya dan akan membesar sekata mengikut usia. namun harus diingatkan telur yg dikumpul perlu tidak melebihi 7 hari dari ianya dikeluarkan. Setelah telur menetas anak ayam akan dimasukkan ke dalam brooder sebelum dilepaskan ke reban khas untuk asuhan peralihan. Cara pengurusan ini akan menyebabkan kadar penghasilan telur direban kita lebih tinggi kerana masa pengeraman dan pengasuhan anak ayam diambil alih dan ibu ayam akan bertelur kembali selepas 3-4 minggu. Untuk jaminan pengeluaran benih yg konsisten cara ini perlu dilakukan namun kosnya agak tinggi kerana melibatkan penggunaan tenaga dan masa.

Reban
Reban Asuhan
Pastikan bekas untuk ayam mengeram mencukupi.
Letakkan guni, lalang @ rumput kering / kain terpakai untuk alas tempat mengeram.
Tuliskan tarikh pada bekas apabila ayam mula mengeram.
Apabila anak ayam mula menetas, pindahkan anak dan ibu ayam ke reban asuhan.
Apabila kesemua telur ayam telah menetas, biarkan anak ayam bersama ibunya selama 2 minggu.
Setelah itu pindahkan anak ayam ke rumah sementara.
Pastikan ubat merah 707 (bancuhkan dengan air) diberikan kepada anak ayam itu.
Reban Pembakaan

Kengkang pergerakan ibu ayam supaya tenaga yang ayam ini perolehi dari makanan digunakan sepenuhnya untuk mengeluarkan telur. Ibu yang dibiarkan bebas tanpa kawalan akan menggunakan banyak tenaga untuk beraktiviti dan merayap. Akhirnya bilangan telur yang kita perolehi berkurangan serta kualitinya akan menurun.

Tempatkan ayam di kawasan yang sederhana besar. Tujuannya bagi memudahkan berlakunya proses persenyawaan antara si jantan dan si betina. Tanpa persenyawaan, maka telur yang dihasilkan sudah tidak bernilai dari segi penghasilan baka.

Apabila Ibu Ayam dan si jantan ditempatkan dalam satu tempat terkawal, peratusan telur yang dikeluarkan yang berbenih akan lebih tinggi.

Satu lagi ciri ayam kampung melayu ini, adalah sikap mencari hariki untuk mengawal si betina. Jika kita membiarkan baka kita berada dalam satu kelompok 30-50 ekor ibu dengan 5-6 ekor jantan kesulitan akan kita lihat di dalam reban. Ini kerana dalam satu-satu masa bukan semuanya ibu ayam kita dalam keadaaan sedia untuk mengawan. Bagi si betina yang belum dalam fasa nak bertelur, biasanya akan melarikan diri dari dipanjat oleh si jantan. Maka akan berlakulah kejar mengejar dan pergaduhan antara ayam. Yang lagi parah apabila hanya beberapa ekor sahaja si ibu yang berada dalam berahi untuk mengawan. Apabila hanya sedikit sahaja si ibu untuk 'dipanjat' maka apabila sampai masanya si jantan memanjat, akan berlaku serangan dari si jantan lain yang akan cuba merampas takhta untuk mengawan, sekiranya ini kerap berlaku maka kesempurnaan proses mengawan itu akan terganggu.

Makanan juga adalah perkara yang penting bagi seekor ibu ayam, makanan yang mempunyai cukup zat akan meningkatkan kadar pengeluaran telur. makanan perlu diberi mengikut jadual serta kita perlu memberi makanan tambahan lain termasuk tumbuhan hijau. Ubatan seperti vitamin, antistress dan elektromisis juga perlu diberi dari masa ke semasa untuk menjamin kesihatan ibu dan si jantan.

Reban yang kita bina khas untuk induk perlulah menghadap matahari terbit bagi membenarkan matahari pagi masuk ke dalam reban dan mengeringkan lantai reban. Jika kita silap menghalakan reban kita, gejala lantai lembap dan berlecah akan terjadi. Dan bila bercampur pula dengan najis dari induk ini, bau serta penyakit mula menyerang.

Sediakan bekas telur yang sesuai bilangannya berbanding jumlah ibu yang ada. Jika jumlah terlalu sedikit, kekecohan akan berlaku dan kesesakan yang tidak diingini tak dapat dielakkan. Kesesakkan ini biasanya disumbang oleh si ibu yang telah diambil telurnya tetapi masih juga mahu meneruskan aktiviti mengeram.